TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, February 16, 2017

KELAS JAHIT TELEKUNG DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH MELAKA 12 FEBRUARY 2017












Nor Akma.


Sabariah.


Aida.


Bashah.


Lizzah.


Salbiah.


Mazenah.


Mas.


Fatimah.


Hidayah.


Erni.


Izan.


Hasilnya.




Sekali sekala mengajar jahit telekung di luar kawasan.

Mendapat undangan mengajar di Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka, Seawal 5.30 pagi bergerak dari Sri Gombak. Hari Ahad, jalan tak sibuk. Berhenti solat Subuh di RnR Nilai dan kami sampai di Masjid Tanah pukul 8.30 pagi. 

Bangunan kolej lengang. Hari Ahad. Beberapa peserta kelas mula tiba disambut pegawai KKMT Puan Nor Akma. Jumlah peserta 12 orang termasuk Puan Akma.

Rancak dan riuh rendah kelas, orang Melaka memang peramah.

Kelas tamat hampir 6 petang. Sempat juga peserta jahit kain saiz comel. Pinggang dipasang getah dan tali.

Selamat berjaya orang Melaka dalam bisnes telekung.

Friday, February 3, 2017

DI KONTI SELANGORFM











1 Februari 2017

Cuti Hari Wilayah.

Orang Selangor ke Angkasapuri.  Sunyi gak sebab ramai cuti.

Tersesat ke pejabat Selangorfm di bangunan hujung.  Rupanya konti di bangunan Wisma Radio. OK..sekarang dah tahu.

Tunggu wakil Alaf21..Eppy yang ditemani Fifah. 

Siaran live bersama DJ Faiz di konti Selangorfm dijadualkan pada pukul 3.10 ptg. 

Masuk ke ruang yang penuh deretan bilik konti. Semua berkunci untuk privasi dan keselamatan.

Masuk konti bertanda Selangorfm sebelum pukul 3.  Sedikit briefing.  DJ Faiz tanya jika ada permintaan lagu, lagu apapun boleh.  Yang terlintas di kepala ialah lagu Madah Berhelah oleh Ziana Zain dan Permaidani oleh Aris Ariwatan.  Ok lah lagu lagu lama tapi evergreen.

Konti sejuk..di luar cuaca mendung.  Kata DJ Faiz, kalau hujan lagi sejuk.  Wah...takda shawl, takda baju sejuk, tapi tak lama sangat bolehlah bertahan.

DJ Faiz bagi cue sikit apa yang akan ditanya.  Pukul 3.10 tepat sesi 'on the air' bermula. 

Pengenalan diri. Cerita pasal buku. Break untuk siar lagu. Sambung. Break untuk sesi  tanya pemanggil. Hadiah buku Oh Mudahnya Jahit Telekung. Sambung sesi sembang. Break untuk lagu kedua. Sesi tanya pemanggil. Sambung sembang. Berakhir sebelum 3.45 ptg. 

Alhamdulillah...tak ada gugup untuk bercakap. DJ Faiz yang murah senyuman membuat suasana ceria.

Satu pengalaman.  

Dari Mata Tinta berjalan lancar.

PHOTO SHOOT DAN INTERVIEW DI ALAF21, KARANGKRAF











27 Januari 2017.

Beberapa hari sebelum dapat panggilan dari pihak Alaf21 supaya hadir untuk sesi photo shoot dan interview di Karangkraf, Shah Alam. 

Setiap buku yang diterbitkan Alaf21 akan diberi slot di akbar Sinar untuk tujuan promosi.

Katanya wawancara ini akan disiarkan mungkin bulan Mac 2017 sebab mereka sudah ada susunan atikel untuk terbitan hari tertentu.

Pengalaman baru diwawancara. Hanya perlu cerita tentang buku Oh Mudahnya Jahit Telekung. Sembang santai dengan wartawan (lupa nama).

Lepas sesi wawancara, sesi bergambar pulak.  Rasa macam model la pulak. Model matang umur 60an :) Pengalaman jugak posing depan kamera jurugambar profesional.

Sesi video.  Ini susah sikit. Walaupun dah tahu apa nak cakap, asyik tersasul juga. Video untuk durasi 1 min saja. Pandailah orang Alaf21 edit :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...