TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, September 28, 2017

Facebook Disabled



My Facebook account was disabled on 26 September 2017 slightly after midnight.

WHY?

Reasons given I violated FB rules. There were 6 rules among which were terrorism, harassment, vulgarity...

Come on Mark, I am a sewing enthusiast, I post about sewing most of the time.

I am also sole admin of a couple of sewing groups and co admin of others.  If I cannot recover my account what will happen to the groups where I am sole admin?  Lesson learned.  Appoint at least one other admin for your group.

Praying for the recovery of FB acount Zai Amaludin.

Thursday, September 14, 2017

DIY SARUNG BAKUL SAMPAH DI TV ALHIJRAH


























14/9/17 Sekali lagi dijemput buat demo diy di TV Al Hijrah.

Kali ini Kak zai tunjuk cara jahit sarung bakul sampah.

Pengacara Farahanim yang cantik.


Sampai di perkarangan TV Al Hijrah pukul 7.30 pagi.  Studio masih gelap. 

Terus set meja DIY dengan mesin jahit, bakul bakul yang siap disarung cantik juga lain aksesori tambahan seperti ropol, riben dan renda.

Nak buat demo dalam masa 8 minit, kita perlu siapkan bahan yang separuh jahit, jadi semasa di set, kita jahit sikit sikit sahaja. 

Untuk demo kali ini, kak zai dah buat video cara menjahit dan upload ke youtube channel: Zaira Zai sebelum pergi ke studio.  Ini untuk memudahkan pemahaman menjahit kepada mereka yang berminat.

Alhamdulillah semua berjalan baik dan lancar.

Ini ialah kali ke3 kak zai buat demo di segmen DIY. Kali ke 2, ceritanya di blog lagi satu..www.sewnsell.blogspot.com

Selamat cuba menjahit.


Sunday, September 3, 2017

KORBAN PERDANA MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 2017



















2 September 2017 bersamaan 10 Zulhijjah 1438, diadakan majlis korban di Masjid Al Khairiyah Seri Gombak.

18 ekor lembu dan 1 ekor kambing disembelih. 1 ekor lembu dengan 6 bahagian aqiqah dan 1 bahagian korban. 1 ekor pemberian Kerajaan Negeri Selangor. 1 ekor kambing hadiah dari Imam Masjid.

Majlis meriah dengan semangat gotong royong jemaah. Muslimin membantu menyembelih lembu melapah, memotong daging.  Muslimin membantu memotong daging.

Selesai masak, makan beramai ramai. Jemaah yang hadir dapat daging 1 kilo seorang untuk dibawa pulang. Peserta korban dapat 3 kilo daging beserta organ dalaman dan tulang.

Ramai warga Bangladesh dan Rohingya datang bantu. Mereka suka kepala lembu. Dimasak apa agaknya..?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...