TELEKUNG UNTUK PUTERI

Sunday, November 13, 2016

STOKING JAHIT SENDIRI, UKURAN POLA PERCUMA












Kaki perempuan Islam adalah aurat. Jadi wajib ditutup. Jika ada kemahiran menjahit, ada mesin jahit, ada perca kain yang sesuai cubalah jahit sendiri stoking.

Mesin yang paling sesuai digunakan ialah mesin jahit tepi biasa. Jika jahit untuk pakai sendiri, boleh guna mesin biasa tetapi untuk kemasan di bahagian dalam gunalah mesin jahit tepi.

Kain yang sesuai pulak ialah jenis yang memeri. Lycra, jersey, cotton t shirt, denim yang memeri dan apa apa material yang anjal.

Jika baru nak cuba jahit, dicadangkan guna baju t lama.

Ukuran boleh diubah, besarkan atau kecilkan mengikut kesesuaian. 

Bahagian D ialah bahagian atas buku lali, jika nak panjang, tambah ukuran. Pastikan ira kain yang paling anjal di bahagian keliling kaki. Jika silap, mungkin susah nak sarungkan kaki.





Cara mencantum ada di sini.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...